beli rumah

Beli Rumah Sub-sale: 3 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

Anda ingin beli rumah sub-sale?

 

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi dengan tips-tips membeli rumah ‘sub-sale’ ini, elok lah kalau kita mengambil tahu serba sedikit mengenai asasnya terlebih dahulu.

 

Perkara pertama yang kita perlu faham adalah mengenai istilah “petak” atau “bangunan pecah bahagi”.

 

“Petak” berkaitan dengan bangunan yang dipecah bahagi di mana salah satu daripada unit individu yang terkandung dalamnya yang dipegang mengikut hakmilik strata yang berasingan.

 

Manakala, suatu tanah yang dipecah bahagi adalah merupakan satu daripada unit-unit individu petak tanah.

 

“Bangunan atau tanah yang dipecah bahagi” pula merupakan suatu bangunan atau tanah sebagaimana yang dipecahbahagikan di bawah Bahagian II atau Bahagian IV Akta Hakmilik Strata 1985.

 

Selain itu, terdapat juga jenis petak yang lain iaitu “petak tanah” yang bererti satu unit yang ditandakan dalam sesuatu lot yang terkandung dalamnya bangunan yang tidak lebih dari empat tingkat (tidak termasuk tingkat bawah yang dikongsi) yang dipegang di bawah suatu hakmilik strata; yang mungkin mempunyai tingkat di bawah tanah yang dikongsi di mana dalamnya terkandung petak-petak aksesori dan harta bersama. 

 

Jadi, apabila ia melibatkan situasi di mana seseorang pembeli membeli petak/hartanah yang bukan secara langsung dari pemaju, maka transaksi yang dijalankan tersebut dikenal pasti sebagai ‘sub-sale’.

 

Apabila hakmilik strata belum dikeluarkan, segala hak pemilikan ke atas petak tersebut akan termaktub di bawah perjanjian utama Jual Beli antara pemaju dan pembeli/pemilik pertama.

 

Selagi mana hakmilik strata tidak dikeluarkan, pemaju merupakan satu-satunya yang mempunyai rekod jual beli ke atas petak/hartanah tersebut. 

 

Sesetengah pembeli mungkin merasakan bahawa hartanah sub-sale ini nampak kurang menarik. Bahkan ada juga yang berasa ragu-ragu dengan proses transaksi yang melibatkan hartanah sub-sale ini.

 

Jadi, dalam tulisan kali ini saya akan kongsikan beberapa tips dan pengenalan terhadap hartanah sub-sale ini. Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), terdapat lebih kurang 80% daripada transaksi-transaksi yang dijalankan di Malaysia datang daripada transaksi pasaran sekunder.

 

Tidak dinafikan yang pasaran hartanah utama ada menawarkan pelbagai pembelian yang hebat.

 

Walaubagaimanapun, pasaran sekunder juga turut menawarkan peluang yang menarik untuk direbut orang ramai. 

 

3 Langkah Sebelum Anda beli Rumah Sub-sale

1. Tentukan Kemampuan Bajet Anda

beli rumah

Jadi, langkah pertama yang paling penting sebelum anda hendak lakukan apa jenis transaksi sekalipun ialah anda haruslah menentukan kemampuan bajet anda.

 

Jika anda mengetahui jumlah yang anda mampu, barulah anda boleh memilih tawaran yang bersesuaian.

 

Jika kurang pasti bagaimana hendak melakukan kira-kira bajet tersebut, usah risau kerana terdapat pelbagai aplikasi yang boleh membantu dalam menentukan bajet kemampuan anda.

 

Antaranya ialah PropertyGuru Loan Pre-Approval, Affordability Calculator dan juga Mortgage Repayment Calculator.

 

Selain itu, anda juga perlu beringat tentang wang pendahuluan yang agak besar jumlahnya. Peruntukan untuk wang pendahuluan juga perlu dimasukkan dalam kira-kira bajet anda.

 

Bayaran wang pendahuluan ini adalah 10% daripada harga keseluruhan rumah yang perlu dibayar ketika menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli (atau Sales and Purchase Agreement, SPA/SNP

 

Antara kos-kos dan bayaran lain yang perlu dipertimbangkan ialah duti setem, yuran guaman, dan juga kos pengubahsuaian (jika hartanah yang dipilih perlu diubahsuai).

 

Namun begitu, terdapat beberapa insentif yang disediakan di luar sana yang boleh membantu anda dalam membeli rumah sub-sale tetapi ianya sangat terhad kerana kebanyakannya lebih mengutamakan projek-projek yang baru dibina (seperti skim PR1MA).

 

Ada juga inisiatif pembiayaan yang disediakan dalam membantu mereka yang layak untuk membayar deposit rumah.

 

Antaranya ialah Skim Rumah Pertamaku (hartanah bernilai sehingga RM500,000.00), Dana Rumah Mampu Bank Negara (hartanah bernilai sehingga RM150,000.00) dan juga Skim MyDeposit (hartanah bernilai sehingga RM500,000.00). 

 

2. Membuat Perbandingan Harga

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melakukan perbandingan harga.

 

Pada kebiasaannya, rumah sub-sale mempunyai bermacam peringkat harga jika hendak dibandingkan dengan unit baru yang terletak di blok menara moden.

 

Ini kerana ia bergantung pada faktor kawasan dan keadaan rumah tersebut. Jika masih ada yang tertanya-tanya mengenai rumah sub-sale, secara ringkas dan mudahnya, ia boleh difahami sebagai rumah ‘second hand’.

 

Untuk memudahkan kerja, ejen hartanah tempatan adalahantara sumber yang anda boleh gunakan dalam membantu anda memahami tentang selok belok harga hartanah.

 

Jika anda mahu melakukan pinjaman perumahan, anda harus ingat ia melibatkan komitmen kewangan yang sangat besar.

 

Jadi, penting untuk anda membuat pilihan yang memenuhi keupayaan anda dalam membayar semula hutang dengan mendapatkan rundingan kewangan yang tepat untuk rumah yang anda hendak beli. 

 

3. Dapatkan Khidmat Guaman

Langkah seterusnya mestilah anda perlu mendapatkan khidmat guaman kerana di Malaysia, kita semua diwajibkan untuk mengupah seorang peguam dalam menguruskan niaga hartanah.

 

Ia juga merupakan cara yang terbaik dalam memastikan tawaran yang diberikan kepada klien (anda) merupakan tawaran yang adil. Setelah anda mendapatkan peguam yang anda rasakan seusai, boleh lah teruskan dengan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA).

 

Sebelum itu, pihak peguam yang bertindak bagi pihak anda akan melakukan semakan sama ada ‘Penjual’ mempunyai hak atau tidak dalam menjual.

 

Antara isu yang selalu terjadi dalam transaksi hartanah ‘sub-sale’ ialah pemilik/pembeli pertama tidak mempunyai hak milikan ke atas hartanah tersebut kerana hak milikan masih berada pada pemaju.

 

Jadi, pastikan hartanah yang hendak dibeli telah ditukarkan kepada Hakmilik Strata dan bukan Hakmilik Induk yang dipegang pemaju.

 

Jika belum ditukar, proses pemindahan hakmilik perlu dilakukan daripada pemaju kepada pemilik pertama dan seterusnya kepada pembeli baharu (melalui proses ‘Perfection’) ataupun daripada pemaju terus kepada pembeli baharu (melalui proses ‘Direct Transfer’).

 

Proses pemindahan hakmilik ini amatlah runcing supaya tidak berlakunya isu-isu yang tidak diingini pada masa hadapan.

 

Selain itu, proses carian di Pejabat Tanah juga perlu dilakukan dalam mencari status terkini mengenai hartanah tersebut dan juga dalam menentukan geran induk dan sebagainya.

 

Setelah penjual dan pembeli bersetuju dengan terma-terma yang dipersetujui dalam SPA, maka kedua-duanya boleh menurunkan tandatangan ke atas SPA tersebut.

 

Dan seterusnya akan disetemkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Secara mudahnya, sebelum anda ingin membeli sesebuah hartanah sub-sale, anda perlulah tentukan bajet kewangan anda, kenal pasti kos-kos yang akan dikenakan, cari kawasan/rumah yang hendak dibeli, membuat perbandingan harga, semak keadaan rumah sub-sale yang hendak dibeli, membuat pinjaman kewangan jika perlu, dan lantik peguam untuk menguruskan transaksi hartanah sub-sale anda. Seterusnya, tuan puan boleh rujuk artikel RUMAH KOS RENDAH, KELAYAKAN SERTA PROSESNYA untuk mengetahui perbezaan rumah sub-sale dan rumah kos rendah.

Untuk memastikan anda mempunyai urusan jual beli hartanah yang lancar, hubungi lah Hawari Hanafi & Co!

 

Mengapa anda perlu pilih kami? Kami menawarkan Yuran guaman yang berpatutan.

 

Kami juga mempunyai barisan peguam yang berpengalaman luas dan pakar dalam mengendalikan urusan yang melibatkan hartanah. 

 

Sama ada anda pembeli, penjual atau ejen hartanah, kami akan membantu anda dalam urusan hartanah agar ia dapat diselesaikan dengan lancar dan sempurna tanpa masalah.

 

Antara khidmat guaman yang kami sediakan adalah jual beli hartanah, pembiayaan perumahan, penyempurnaan pindahmilik dan gadaian dan pentadbiran dan penjualan hartanah pusaka.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Bantuan?