beli tanah

Petua-Petua Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Tanah Lot Banglo

Anda ingin atau bercita-cita untuk beli tanah?

Hari ini, ramai yang bercita-cita ingin memiliki rumah sendiri. Inilah hasrat mulia dan impian murni umat manusia.

 

Tidak kira muda ataupun yang sudah berumur, tidak boleh tidak, mereka tentunya menyimpan hasrat untuk mempunyai sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset yang boleh mereka wariskan kepada anak cucu mereka suatu hari nanti.

 

Maka, pastinya persoalan bagaimana untuk membeli rumah dan hartanah itu pasti telah wujud dalam minda masing-masing.

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Beli Tanah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat keluaran Dewan Bahasa & Pustaka, hartanah atau harta tanah merujuk kepada tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya.

 

Dalam keghairahan untuk membeli rumah sendiri, malangnya, bukan sedikit yang terlepas pandang dan mengambil sikap tidak apa terhadap beberapa perkara penting yang sebenarnya mesti mereka ambil kira dan teliti sebaik mungkin sebelum mereka mula untuk melibatkan diri dalam proses pembelian hartanah yang rumit dan panjang. 

 

Jika golongan bakal pembeli ini tidak berupaya memahirkan diri mereka dengan ilmu teras yang dikatakan ini, maka impian mereka untuk memiliki hartanah sendiri tidak mustahil boleh bertukar menjadi mimpi ngeri pula.

 

Sikap yang merugikan ini perlulah diubah supaya pisang tidak berbuah dua kali. Bagi sesetengah orang, mereka berkenan dengan tanah lot banglo yang di atasnya boleh didirikan rumah banglo.

 

Disebabkan keanjalan pilihan untuk mereka reka bentuk rumah menurut citarasa sendiri, mereka memilih untuk membeli tanah lot banglo berbanding rumah yang sudah sedia siap atau sedang dalam proses disiapkan. 

 

Rumah banglo bina sendiri ini juga tidaklah memakan kos yang terlalu besar. Namun, pembelian tanah lot seperti ini memerlukan ketelitian kerana prosesnya tidaklah mudah.

 

4 Petua Untuk Anda Beli Tanah Lot Banglo

Beli Tanah

Jadi, apa yang perlu mereka ketahui sebelum mereka mula membeli tanah lot banglo?  

 

  1. Geran Individu (Individual Title)

Pertama, pastikan tanah lot adalah dengan geran individu yang juga dikenali sebagai individual title, bukannya geran kongsi yang lot tanahnya tidak dipecahkan. 

 

Tanah seperti ini juga digelar sebagai tanah lidi. Tanah lidi ini lebih murah tetapi mempunyai banyak keburukan yang akan menimbulkan penyesalan tidak bernoktah.

 

Keburukan tanah lidi antaranya lainnya adalah tanah tersebut tidak boleh dimiliki secara sah di sisi undang-undang, kesukaran untuk menjualnya semula suatu hari nanti dan kemustahilan untuk mendapat pinjaman bank. 

 

Lebih buruk lagi, kadangkala penjualan tanah lidi ini memang didalangi oleh sindiket tertentu yang berniat untuk menipu dan melarikan wang pembeli.

 

Oleh yang demikian, disarankan dengan tegas supaya dielakkan sama sekali membeli tanah kongsi ini. 

 

Tanah lot dengan geran individu lebih selamat kerana bukan saja ianya boleh diwariskan kepada pewaris tetapi yang paling penting, ianya sah di sisi undang-undang. 

 

  1. Semak Geran

Kedua, buat semakan geran. Geran selalunya berada dalam simpanan pemilik. Dalam geran, dapat dijumpai maklumat penting seperti kategori kegunaan tanah, keluasan tanah, kategori guna tanah, pelan tanah dan pemilik. 

 

Kategori atau jenis tanah ini penting untuk disemak kerana jika tanah tersebut masih dalam kategori pertanian dan bukannya kediaman, maka pertukaran kategori tanah perlu dibuat.

 

Pertukaran ini akan memakan kos dan memerlukan masa yang panjang. Selain itu, pelan tanah juga perlu diteliti dengan cermat untuk mengetahui bentuk tanah, panjang ukuran dan lebar tanah. 

 

Ukuran lot tanah perlulah sama seperti yang tertera dalam geran, dengan yang berada di depan mata. 

 

Setelah mendapat maklumat berkenaan lokasi lot tanah tersebut, dinasihatkan untuk turun padang dan lihat sendiri keadaan tapak tersebut. Perhatikan persekitarannya dan keadaan tanah itu sendiri.

 

  1. Infrastruktur dan Kemudahan Asas

Ketiga, akses kepada infrastruktur dan kemudahan asas. Kalau pun tanah lot banglo itu luas dan murah, tetapi tiada jalan masuk, tidak berguna juga. 

 

Sebaik-baiknya, tanah lot itu sudah ada akses kepada kemudahan asas seperti jalan masuk, sistem perparitan, sambungan elektrik dan bekalan air. 

 

Kalau infrastruktur ini tiada, masih boleh beli tetapi kemungkinan besar akan memerlukan belanja tambahan yang pastinya tidak murah. 

 

Sebagai contoh, permohonan diturap jalan masuk boleh dibuat melalui majlis daerah yang berkaitan namun ini akan mengambil sedikit masa.

 

Di samping itu, kemudahan lain seperti masjid atau surah, pasar, stesen minyak dan kedai runcit juga boleh dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk beli tanah lot itu atau tidak. 

 

Jika tanah lot terletak dalam kawasan yang terlalu terpencil dan sukar untuk diakses, maka ini akan menimbulkan masalah-masalah lain terutamanya bagi mereka yang hidup berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.

 

  1. Membuat Pemeriksaan Dengan Teliti

Keempat, memastikan tanah lot banglo rata dan tidak berbukit. 

 

Tanah lot yang rata adalah tanah lot yang paling sesuai untuk digunakan bagi tujuan pembinaan kediaman yang ideal. 

 

Sekiranya belum diratakan, maka perlu diratakan. Sebaliknya, tanah yang berlereng dan bercerun, ada laluan sungai, berbukit bukau atau berada di pesisir pantai bukanlah tanah yang elok untuk didirikan rumah. 

 

Reka bentuk rumah akan bertukar mengikut keadaan permukaan tanah ini dan sudah tentu, kos pembinaan akan meningkat. 

 

Maklumlah, aspek keselamatan mesti diutamakan walaupun terpaksa memakan belanja yang lebih besar. 

 

Pilihan yang lebih baik juga adalah tanah lot itu sudah ditebas semak samunnya dan ditebang pokok-pokok yang memenuhinya. 

 

Jika belum, tanah lot juga perlu ditebas dan dibersihkan sebelum ianya boleh diratakan.

 

Kesimpulannya, sebelum membeli tanah lot banglo, inilah tips dan petua-petua yang boleh dibiasakan terlebih dahulu.

 

Dengan memahami tujuan pembelian, kriteria hartanah dan proses transaksi, pastinya urusan seseorang pembeli itu akan menjadi seratus kali lebih lancar dan seterusnya mampu memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

 

Semoga perkongsian kali ini akan dapat membantu mereka yang berhasrat untuk membeli tanah lot banglo membuat pilihan bijak dan bertepatan dengan tujuan tersendiri. Tuan puan boleh baca TIPS PEMBELIAN RUMAH PERTAMA untuk mengetahui proses dan panduan pembelian rumah.

 

Beli Tanah

Untuk memastikan anda mempunyai urusan jual beli hartanah yang lancar, hubungi lah Hawari Hanafi & Co!

 

Mengapa anda perlu pilih kami? Kami menawarkan Yuran guaman yang berpatutan.

 

Kami juga mempunyai barisan peguam yang berpengalaman luas dan pakar dalam mengendalikan urusan yang melibatkan hartanah. 

 

Sama ada anda pembeli, penjual atau ejen hartanah, kami akan membantu anda dalam urusan hartanah agar ia dapat diselesaikan dengan lancar dan sempurna tanpa masalah.

 

Antara khidmat guaman yang kami sediakan adalah jual beli hartanah, pembiayaan perumahan, penyempurnaan pindahmilik dan gadaian dan pentadbiran dan penjualan hartanah pusaka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Perlukan Bantuan?