Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis hak milik yang diiktiraf undang-undang, termasuk hak milik kekal (freehold) dan hak milik sementara atau pajakan (leasehold). Hak milik atau lebih dikenali sebagai geran adalah dokumen penting yang membuktikan pemilikan atau pemindahan hak milik hartanah yang mengandungi maklumat pemilik, lokasi, syarat, dan sekatan. Tanah mesti diukur dan pelan disahkan oleh Pengarah Ukur Negeri sebelum hak milik didaftarkan.

Jenis Hakmilik

Hakmilik hartanah di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

Jenis Hakmilik Hartanah Penerangan
Hakmilik Induk
  • Didaftarkan atas nama tuan tanah atau pemaju
  • Dokumen hakmilik merangkumi keseluruhan hartanah
  • Belum dipecahkan kepada lot-lot kecil, blok-blok atau unit-unit yang menjadikannya hakmilik individu atau strata
  • Mempunyai keluasan yang luas
Hakmilik Individu
  • Lot tanah yang telah dipecahkan dari sebidang tanah besar
  • Didaftarkan atas nama pemilik
  • Setiap unit mempunyai dokumen hakmilik sendiri
  • Contoh: rumah lot, rumah teres
Hakmilik Strata
  • Setiap unit rumah daripada setiap blok/ bangunan. 
  • Didaftarkan atas nama pemilik
  • Setiap unit mempunyai dokumen hakmilik sendiri
  • Contoh: Bangunan bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium

Status hartanah

Berdasarkan jadual di bawah menerangkan pula ciri-ciri asas status sesuatu pemilikan hartanah.

Ciri-Ciri Pegangan Bebas “Freehold” Pajakan “Leasehold”
Tempoh Pemilikan

Selama-lamanya

Tempoh tertentu. Kebiasaannya 99 tahun.
Sekatan Kepentingan

Bebas untuk dipindah milik, digadai atau dipajak

*Namun ada sesetengah Hartanah pegangan bebas mempunyai sekatan kepentingan

Tidak boleh dipindah milik, digadai atau dipajak tanpa izin pihak berkuasa Negeri.

*Namun ada sesetengah Hartanah pajakan tidak mempunyai sekatan kepentingan

Pembaharuan Hakmilik

Tiada

Dengan keizinan pihak berkuasa

Sekiranya anda ingin mengenalpasti status hartanah anda, anda boleh melakukan carian tanah di Pejabat Tanah mengikut daerah hartanah anda.

Tambahan pula, sistem hakmilik hartanah di Malaysia diuruskan oleh dua pejabat utama:

1. Pejabat Pendaftar Negeri

2. Pejabat Tanah Daerah (termasuk Pejabat Tanah Mukim)

Bil. Suratan Hakmilik Penerangan
1 Geran (GRN) Hakmilik tanah yang kekal, dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri, menunjukkan pemilikan penuh tanpa had masa sekiranya tidak mempunyai sekatan kepentingan atas hartanah tersebut.
2 Pajakan Negeri (PN) Hakmilik tanah untuk tempoh tertentu, biasanya 99 tahun, dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri. Selepas tamat tempoh, pajakan boleh diperbaharui atau tanah akan kembali kepada kerajaan negeri. Kebiasaanya mempunyai sekatan kepentingan di atas hartanah tersebut.
3 Geran Mukim (GM) Hakmilik tanah kekal yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah terpakai untuk tanah yang terletak di mukim-mukim tertentu dalam daerah tersebut. Pendaftaran geran akan dilakukan di Pejabat Tanah Daerah.
4 Pajakan Mukim (PM) Pajakan untuk tempoh tertentu yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah, serupa dengan Pajakan Negeri, tetapi khusus untuk tanah yang terletak di mukim. Pendaftaran geran akan dilakukan di Pejabat Tanah Daerah.
5 Hakmilik Sementara Daerah (HSD) Dikeluarkan sebelum hakmilik tetap didaftarkan oleh Pejabat Tanah & Galian Negeri dan digunakan untuk memudahkan urusan sementara menunggu pengukuran tanah yang lengkap.
6 Hakmilik Sementara Mukim (HSM) Hakmilik yang sama seperti Hakmilik Sementara Daerah tetapi untuk tanah di mukim, hakmilik ini dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Mukim untuk memudahkan urusan sementara menunggu pengukuran tanah yang lengkap.

Kesimpulannya, penting untuk anda memahami perbezaan antara jenis-jenis hakmilik tanah di Malaysia. Setiap jenis hakmilik ini mempunyai keperluan dan prosedur tersendiri, yang perlu dipatuhi bagi memastikan pemilikan hartanah yang sah dan mengikut undang-undang.

Leave A Comment