Perkhidmatan
01
Jual beli hartanah
Memiliki hartanah idaman merupakan detik yang bermakna dan berharga bagi setiap individu. Sebagai peguam hartanah anda, kami komited untuk melindungi kepentingan penjual dan pembeli dalam sesuatu urusan jual beli dan pindah milik hartanah. Kami akan memastikan hak dan kepentingan pelanggan kami dilindungi daripada sebarang manipulasi daripada mana-mana pihak. Hubungi kami untuk sesi konsultasi berkaitan urusan jual beli hartanah supaya hak dan kepentingan anda terpelihara.
02
Pembiayaan perumahan
Pembelian rumah pertama merupakan pengalaman baharu yang mendebarkan bagi setiap individu. Di Hawari Law, kami akan membantu anda dalam urusan tersebut seperti komunikasi dengan penjual, pembeli, bank, tuan tanah, penyewa mahupun pemaju. Setiap proses pembiayaan rumah anda di bawah pemantauan kami.
03
Penyempurnaan pindah milik dan gadaian
04
Pentadbiran dan penjualan hartanah pusaka
Hartanah adalah aset penting, dan ia seringkali berkait dengan nilai sentimental dan ekonomi. Maksudnya, adalah sangat penting untuk memahami realiti tentang hartanah pusaka supaya anda boleh menjadi pemilik yang bertanggungjawab. Oleh itu, serahkan sahaja pada yang pakar untuk menyelesaikan masalah tersebut.