Pindah milik kasih sayang atau dalam bahasa Arab disebut sebagai “Hibah” adalah merujuk kepada suatu pemberian sukarela atau pemberian harta tanpa balasan yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain. Kebanyakan pindah milik kasih sayang ini melibatkan hubungan kekeluarga seperti pindah milik antara suami isteri, ibubapa kepada anak dan datuk nenek kepada cucu. Namun, urusan ini juga boleh berlaku di antara pemberi dan penerima hibah yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.
Berdasarkan Perintah Duti Setem (Peremitan) (No. 2) 2019 P.U.[A] 369 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, telah mewartakan bahawa 50% daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik ke atas harta tak alih yang merupakan pelupusan secara sukarela di antara ibubapa kepada anak atau sebaliknya berdasarkan harga pasaran hartanah. Namun, duti setem pelupusan secara sukarela di antara suami dan isteri diberikan pengecualian duti setem secara penuh.
Pada Jun 2023, Kerajaan telah mewartakan pengecualian duti setem bagi urusan pindahmilik kasih sayang yang mana telah mula berkuat kuasa pada 1 April 2023. Jadi, mari kita semak tentang warta tersebut. Perintah pengecualian duti setem tersebut dikenali sebagai (Pengecualian)(No. 3) 2023, P.U.[A] 178. Boleh rujuk pada pautan ini untuk melihat keseluruhan warta.
Berdasarkan perintah pengecualian duti setem tersebut, Kerajaan telah bersetuju bahawa duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara sukarela melibatkan ibubapa kepada anak dan datuk nenek kepada cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1,000,000.00 pertama nilai harta tanah. Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi peremitan sebanyak 50% ke atas duti setem yang bakal dikenakan. Perintah pengecualian duti setem ini perlu dilampirkan bersama dengan surat cara Pengisytiharan Hibah atau “Deed of Gift” semasa membuat penyeteman di portal Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jadi perintah pengecualian duti setem ini telah menyeluruh kepada institusi kekeluargaan tanpa terhad kepada suami dan isteri.
Perlu diingatkan bahawa perintah pengecualian duti setem ini tidak terpakai kepada pemberi dan penerima hibah yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan seperti yang dinyatakan di atas dan perlu kepada penelitian terhadap status penerima pindahmilik tersebut bagi menentukan kos duti setem yang bakal dikenakan.
Assalamualaikum,
Jika pemilik hartanah tidak sediakan dokumen hibah dan hanya nyatakan pemberian melalui wasiat, adakah masih perlu bayar duti setem? Dalam kes ni, kita beranggapan takde bantahan drpd waris lain.
Waalaikumussalam tuan.
Perkara ini boleh menggunakan urusan unit pusaka kecil untuk memberikan harta tersebut kepada waris yang telah dipersetujui. Jika melibatkan turunmilik urusan pusaka kecil tiada duti setem yang akan dikenakan, namun sebaliknya jika menggunakan proses turunmilik di mahkamah tinggi.
Adakah apa2 had bilangan pewaris/penerima hibah kasih sayang cth: hanya boleh tukar nama kepada 4 org anak sahaja walaupun pemilik ada 8 org anak?
Tiada had bilangan penerima hibah tetapi perlu bersesuaian kerana hartanah tersebut jugak akan diwarisi kelak oleh waris penerima
If i just received a house under kasih sayang from my parent on June 2024. Can i share this house (1/2) under kasih sayang to my spouse? Any penalty will occurs?
If you have received a house from your parent under the “kasih sayang” transfer in June 2024, and you wish to share half of this property with your spouse under the same “kasih sayang” transfer, there will be no penalties involved. However, you will need to pay a stamp duty of RM10 for the transfer between spouses. There is no chargeable gain for Real Property Gains Tax (RPGT) as there is no consideration involved in the transfer.
Adakah pemberian kasih sayang sebidang tanah seorang ayah kpd anak di kira hibah jika tidak di sertakan dokumen perisytiharan hibah?
Untuk menjawab persoalan puan, bagi mengelakkan sebarang pertikaian oleh pihak lain pada masa hadapan lebih baik untuk buat pengisytiharan hibah secara rasmi. Jika tidak, penerima hibah tidak akan ada dokumen hitam putih yang mengatakan hartanah tersebut telah di hibahkan kepada si penerima hibah.
Assalamualaikum..
Pertanyaan berkenaan pindah milik tanah kasih sayang, ayah kepada anak kandung, nilai tanah 500,000. Proses di LHDN telah selesai dan mendapat sijil pengecualian. Adakah saya perlu membayar bayaran pendaftaran di Pejabat Tanah sebanyak RM2000 bagi nilai tanah RM500,000? atau mendapat pengecualian juga?
Terima kasih.
Waalaikumussalam tuan.
Bagi pembayaran pendaftaran geran di Pejabat Tanah, tiada pengecualian yang diberikan. Dan fi yang dikenakan bergantung kepada Pejabat Tanah di Daerah dan Negeri mana. Lain pejabat tanah, lain caj fi yang dikenakan. Tuan boleh membuat semakan caj fi pendaftaran di website/google.
Assalamualaikum..boleh ke pindah milik kasih sayang dilakukan sekiranya status tanah mcl ditukarkan kepada penama bumi (serani). Tanah suami (mcl) ditukarkan kepada isteri bkn melayu.
Waalaikumussalam, Puan. Pindahmilik kasih sayang untuk tanah MCL tidak boleh dipindahkan kepada isteri yang bukan Melayu, termasuk Serani.
Salam, sekiranya sepupu saya ingin membuat pindahmilik bahagian tanahnya (1/2) kepada saya, boleh ke biat pindahmilik kasih sayang? Buat pengetahuan tuan, tanah pusaka satu ekar turun temurun dr nenek kami
Waalaikumussalam.
Sepupu puan boleh memindahkan sebahagian miliknya kepada puan melalui proses Hibah. Walaubagaimanapun, bagi proses hibah antara saudara ini akan dikenakan bayaran duti setem mengikut harga semasa rumah.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saya ada pertanyaan berkaitan duti setem dan pindah milik secara hibah.
Fakta kes;
1- Tahun ubah nama pemilik geran tnh melalui harta pusaka oleh 4 penama (waris pusaka) – 1995
2- Tahun tandatangan usahasama(JV) oleh 4 penama(waris pusaka) dlm geran tersebut dgn pemaju – 2011
3- Tahun tandatangan terima imbuhan JV(10 unit rumah) iaitu geran 10 unit rumah- 2024
4. Dalam setiap geran 10 unit rumah tersebut tercatat 4 penama pemilik asal geran tanah tersebut.
5. Oleh kerana geran 10 unit rumah tersebut tercatat atas nama 4 pemilik tersebut, kami 4 pemilik bersetuju mengubahkan pemilikan secara “Hibab/Anugerah Kasih Sayang” mengikut arahan perintah faraid yang terdahulu tanpa sebarang jual beli *“Nonmonetary transactions include”* tersebut melalui borang 14(a) PTG dan urusan di LHDN
Inquiries:
1. Adakah pihak kami akan dikenakan bayaran untuk urusan di LHDN (duti setem)
2. Jumlah bayaran duti setem yg dikenakan untuk urusan tersebut di LHDN sekiranya perlu bayar.
Mohon bantuan pencerahan dari pihak tuan/puan
Sekian terima kasih.
Waalaikumussalam Tuan.
Bagi proses pindahmilik secara Hibah antara adik beradik, terdapat bayaran duti setem yang pihak tuan perlu bayar ke LHDN dan jumlah bayaran duti setem yang dikenakan oleh pihak LHDN bergantung kepada market value semasa rumah di kawasan tersebut.
salam tuan,rumah yang memiliki dua nama bapa dan ibu, jika hendak diberikan kan kepada anak ,bolehkan melalui proses hibah?
Waalaikumussalam Puan.
Boleh puan dengan cara pindahmilik kasih sayang tanpa balasan dan akan mendapat pengecualian penuh duti setem.
Assalamualaikum wbt Tuan..
Kiranya rumah yg dibeli pada tahun 2020 mahu dijual kepada anak dengan harga baki loan bank boleh layak dapat waive RGPT ke..
Waalaikumussalam, boleh tetapi pengecualian ini hanya sekali seumur hidup.
Assalam. Saya bercadang nak pindah hakmilik rumah teres berharga sekitar RM300k kepada isteri sebagai Hadiah secara sukarelah. Pindah milik ini adalah yang pertama. Saya juga tidak pernah ada membuat jual beli hartanah sebelum ini. Mohon pandangan adakah apa2 cukai akan dikenakan? berapa anggaran kos terlibat jika menggunakan khidmat peguam utk pindah milik rumah ini? Tkasih
Waalaikumussalam. Tuan boleh hubungi kami ye bagi konsultasi lanjut.
Salam Tuan, nenek saya ada memberi 1 ekar tanah kepada makcik saya. dan telah memberi kepada saya adakah saya dikenakan Stam duty jugak proses pindah milik kasih sayang.
Waalaikumusalam tuan, bagi menjawab soalan tuan proses pindah milik kasih sayang dari nenek kepada cucu tidak akan dikenakan stamp duty.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya, jika surat cara bertarikh sebelum 1 april 2023 dan urusan selesai (keluar perintah mahkamah padah tahun 2024) adakah terpakai pengecualian ini?
ASSALAMUALAIKUM, HIBAH HARTANAH BOLEH MASUK DLM SISTEM STAMPS KE?
Waalaikumusalam tuan, berkenaan soalan tersebut, Hibah hartanah termasuk dalam sistem STAMPS.
Bolehkah saya memindahkan hartanah kepada 5 orang anak di bawah umur 18 tahun. Bagaimanakah prosedurnya? adakah duti setem dikecualikan
Assalamualaikum tuan, bagi menjawab pertanyaan tuan untuk proses pemindahan hartanah kepada anak-anak yang di bawah umur tuankena lantik seorang pemegang amanah bagi memastikan dia bertanggungjawab untuk menjaga hartanah tersebut sehingga anak tuan berumur 18 tahun. Kemudian hartanah tersebut boleh diserahkan sepenuhnya secara sah kepada anak tuan. Harap menjawab soalan tuan.
Sekiranya, makcik saya ingin memberikan 1/2 bahagian hartanah kepada saya dan saya ingin memberikan 1/2 bahagian hartanah yang lain kepada makcik, atas dasar kasih sayang. Adakah duti setem dikenakan ? Sekiranya ada, pengiraannya adalah berdasarkan nilai apa ? Tujuan kami berbuat demikian adalah supaya kedua-dua hartanah peninggalan mendiang pakcik kepada kami (1/2 bahagian seorang) akan dijadikan atas nama seorang bagi setiap hartanah.
Pindah milik hartanah antara anak saudara dan makcik tidak layak untuk pengecualian duti setem kasih sayang. Duti setem akan dikenakan berdasarkan nilai pasaran harta tanah, menggunakan kadar berikut:
– 1% bagi RM100,000 pertama
– 2% bagi RM400,000 berikutnya
– 3% bagi RM500,000 berikutnya
– 4% bagi jumlah melebihi RM1,000,000
Sekiranya, makcik saya ingin memberikan 1/2 bahagian hartanah kepada saya dan saya ingin memberikan 1/2 bahagian hartanah yang lain kepada makcik, atas dasar kasih sayang. Adakah duti setem dikenakan ? Sekiranya ada, pengiraannya adalah berdasarkan nilai apa ? Tujuan kami berbuat demikian adalah supaya kedua-dua hartanah peninggalan mendiang pakcik kepada kami (1/2 bahagian seorang) akan dijadikan atas nama seorang bagi setiap hartanah.
Saya pesara berkahwin tetapi tiada anak. Saya nak serahkan hartanah saya pada anak saudara. adakah saya kena stamp duty @ bolehkan saya dapat pengecualian ?
Assalamulaikum tuan, bagi proses penyerahan hartanah kepada anak saudara tuan akan dikenakan stamp duty mengikut market value hartanah tersebut.