Tentang Kami

Firma Hawari Hanafi & Co dibarisi oleh peguam dan kakitangan konveyansing yang sangat berpengalaman luas dalam bidang hartanah di Malaysia.

Pengenalan

Sebagai pengenalan ringkas, nama firma guaman kami ialah Tetuan Hawari Hanafi & Co atau lebih mesra serta popular dikalangan pelanggan utama kami sebagai Hawari Law. Firma guaman kami ditubuhkan pada 7hb September 2013 di Puncak Alam oleh pengasas dan rakan kongsi utama iaitu Tuan Muhammad Hawari Bin Hanafi.

Fokus utama firma kami ialah undang-undang hartanah dan konveyansing di Malaysia dan sudah semestinya kami didokong oleh barisan peguam muda yang berbakat dan mempunyai tahap piawaian tinggi dalam memberikan nasihat serta khidmat guaman hartanah yang bermutu tinggi. Kini telah berkembang menjadi firma guaman bersaiz sederhana dengan beberapa buat cawangan.

Pelanggan Kami​

Para pelanggan utama kami terdiri daripada:-

Para pelanggan yang berurusan dengan kami tahu bahawa kami berusaha untuk memberikan khidmat guaman yang terbaik seperti yang diperlukan oleh mereka; dari peringkat penyiasatan kes hartanah, penyediaan dokumentasi jual beli dan pembiayaan, proses kebenaran pindahmilik, percukaian hartanah, penebusan gadaian bank, penyerahan kunci dan pembayaran baki harga belian hinggalah tamat keseluruhan. 

Keyakinan mereka adalah teras perkhidmatan kami yang sentiasa disempurnakan dengan penuh amanah . Peguam-peguam kami mempunyai pengalaman terkumpul sehingga selama 10 tahun dan sering diberikan kepercayaan untuk mengendalikan transaksi hartanah yang paling serius dan rumit seperti transaksi melibatkan pemaju yang gulung tikar, kematian pemilik dan penjual hartanh serta ursan jual beli hartanah yang menjadi pusaka.

Pasukan Hawari Law

Para peguam dan kakitangan kami merupakan tunjang utama firma guaman. Berbekalkan kepakaran dan saling menyokong antara satu sama lain di dalam satu pasukan membolehkan kami memberikan perkhidmatan dan perlindungan guaman hartanah kelas pertama kepada para pelanggan. Bagi kami setiap permasalahan pelanggan, undang-undang ada jalan penyelesaiannya.

Pendekatan Kami

Di Hawari Law, kami berteraskan nilai perkhidmatan guaman hartanah yang premium dan bermutu tinggi, sentiasa konsisten memberikan perlindungan kepada pelanggan secara menyeluruh dengan kos guaman yang mampu milik
Kami sentiasa menggembeling tenaga dan buah fikiran secara bersasar dan objektif, yang mana dilaksanakan melalui pendekatan yang feksibel dan responsif mengikut ketetapan lunas-lunas perundangan demi mencapai matlamat pelanggan.

Di Hawari Law juga, kami menyedari bahawa keperluan pelanggan khidmat guaman hartanah tidak mampu dipenuhi melalui kaedah dan pendekatan konvensional di era digitalisasi ini. Oleh yang demikian, kami telah meningkatkan keupayaan teknologi terkini di dalam industri guaman dan telah diiktiraf oleh pembekal aplikasi dan adaptasi teknologi semasa. Ini semua kerana kami percaya bahawa sangat penting bagi peguam untuk

  1. Menjadi proaktif dan tidak reaktif terhadap keperluan pelanggan dan tugasan guaman hartanah
  2. Menjadi komited dan tegar untuk memahami pelanggan seterusnya melindungi kepentingan mereka
  3. Berusaha menjadi pembekal khidmat guaman yang cekap dan pantas melaksanakan peranannya

MUHAMMAD HAWARI HANAFI

PEGUAMBELA & PEGUAM CARA

DAYANG MARDHIAH

PEGUAMBELA & PEGUAM CARA

SITI NORBAIZURA

CONVEYANCING SUPERVIS0R

HAIRENA NORASHIKIN

ADMIN, HR & KEWANGAN

ASYRAFF BADRI

JUALAN & PEMASARAN

NORLIZA ZAINI

CONVEYANCING ASST.

KHAIRUNNISA’

CONVEYANCING ASST.

AINI SYAIRAH

CONVEYANCING ASST.

ZAIM ZAMURI

CONVEYANCING ASST.

AFIFAH LATIF

PARALEGAL

AMELIA KAMILIA

PARALEGAL

IKMAL HAKIMI

PARALEGAL.

NURHAZIQAH ARIFFIN

PARALEGAL

ZULHILMI SHAKKERI

PEMBANTU OPERASI

PEMBANTU OPERASI

OPERATION ASST.

ASYIQIN IZWANI

PEMBANTU OPERASI

HANANI

PRAKTIKAL

HASIF

PRAKTIKAL

Hubungi Peguam Kami Sekarang

Scroll to Top
Open chat
Perlukan Bantuan?