Anda merupakan pembeli rumah pertama? Anda berminat untuk membeli rumah kos rendah sebagai rumah pertama anda? Pada tahun 2024, kebanyakan pembeli rumah pertama daripada golongan generasi muda memilih rumah kos rendah sebagai rumah pertama mereka untuk memulakan kehidupan berkeluarga.
Tahukah anda bahawa setiap negeri mempunyai lembaga perumahan hartanah yang mengelola projek perumahan kos rendah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan? Projek perumahan kos rendah ini diwujudkan sebagai alternatif membantu meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri dalam keadaan ekonomi masa kini yang menekan. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah kos rendah tersebut, jom kita sama-sama semak perkara yang perlu anda tahu!
1. pemilihan projek perumahan kos rendah
Anda boleh membuat semakan projek perumahan kos rendah di setiap negeri mengikut pilihan dan kriteria yang anda idamkan. Jadi, kami sediakan di sini laman web lembaga perumahan hartanah bagi anda yang ingin membuat permohonan Rumah Kos Rendah mengikut negeri.
NO. | NEGERI | LAMAN WEB |
---|---|---|
1. | Selangor | https://ehartanah.lphs.gov.my/ |
2. | Kuala Lumpur | http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/index.php |
3. | Johor | https://erumah.johor.gov.my/ |
4. | Melaka | https://lpnm.gov.my/ |
5. | Perak | http://lphp.perak.gov.my/ |
6. | Pahang | https://eperumahan.pahang.gov.my/ |
7. | Pulau Pinang | https://erumah.penang.gov.my/ |
8. | Sarawak | https://hdc.sarawak.gov.my/ |
2. semakan kelayakan
Sebelum memulakan proses permohonan, pastikan untuk memeriksa kelayakan anda. Biasanya, kelayakan bergantung kepada beberapa faktor seperti pendapatan bulanan, status perkahwinan, dan sebagainya. Pastikan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan pemilihan projek perumahan kos rendah yang anda pilih.
Sebagai contoh sekiranya anda memilih untuk memohon projek perumahan kos rendah di Selangor dalam kategori Rumah Selangorku antara syarat kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut: –
1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Pendapatan isi rumah yang berbeza bergantung kepada jenis rumah yang dipohon. Contohnya, untuk permohonan Rumah Jenis B, C, dan D, pendapatan minimum adalah RM3001.00 sebulan. Manakala untuk Rumah Jenis A, pendapatan isi rumah (suami dan isteri) mestilah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
3. Pemohon tidak boleh memiliki sebarang jenis rumah kediaman di Selangor, dan pemindahan milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
4. Pemohon hanya boleh memilih satu jenis rumah sahaja semasa mengemukakan permohonan.
Jadi perkara ini penting sebelum anda membuat keputusan untuk membuat permohonan pembelian rumah kos rendah.
Membeli rumah kos rendah untuk rumah pertama anda pada tahun 2024 mungkin merupakan satu cabaran, tetapi dengan persediaan yang betul dan bantuan yang diberikan, impian memiliki rumah sendiri boleh menjadi kenyataan. Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan dan nasihat dari pihak berkenaan, dan teruskan langkah untuk memiliki rumah pertama anda.
Thankyou for your support, sir.