Sekiranya ingin menjual rumah atau hartanah, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjual atau memiliki rumah, memerlukan perancangan yang teliti. Salah satu perkara penting yang anda perlu tahu ialah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT).

CKHT ini dikenakan atas keuntungan yang diperoleh daripada jualan hartanah, dan boleh memberi kesan ketara kepada jumlah keuntungan bersih yang anda peroleh sekiranya kita tidak teliti.

Apa itu CKHT?

CKHT adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan atau penjualan aset hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah kosong, dan saham dalam syarikat yang memiliki hartanah.

CKHT ini diperkenalkan di Malaysia melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tujuan utama cukai ini adalah untuk mengawal pemilikan hartanah daripada disalah guna dari tujuan asal memiliki rumah dan memastikan keuntungan daripada jual beli hartanah dikenakan cukai secara adil.

Kadar Kiraan CKHT

Cara pengiraan CKHT sebenarnya agak mudah. Namun ramai yang tidak mengambil tahu dan menganggap tidak penting. CKHT dikira berdasarkan perbezaan antara harga jualan dan harga pemerolehan hartanah atau harga belian dulu tersebut.

Formula asasnya adalah:

Keuntungan Bersih = Harga Jualan – Harga Pemerolehan – Kos Dibenarkan (seperti kos guaman, duti setem, dan kos penambahbaikan).

Harga Jualan Jumlah yang diterima daripada penjualan hartanah
Harga Pemerolehan Jumlah kos yang dibayar untuk membeli hartanah
Kos Dibenarkan Kos tambahan seperti kos guaman, duti setem, dan kos penambahbaikan yang dibenarkan untuk ditolak

Sebagai contoh, harga jualan rumah Mazlan adalah sebanyak RM 500,000.00, harga pemerolehan RM 200,000.00, dan kos dibenarkan ialah sebanyak RM 40,000.00. Maka, pengiraan keuntungannya adalah RM 500,000.00 – RM 200,000.00 – RM 40,000.00, menjadikan keuntungan bersih RM 260,000.00 yang boleh dikenakan cukai CKHT.

Kadar CKHT berbeza-beza bergantung kepada tempoh pemilikan hartanah. Berikut adalah jadual kadar bayaran CKHT.

Tempoh Pemilikan Hartanah Kadar CKHT bagi Warganegara Kadar CKHT bagi Warga Asing
Kurang daripada 3 tahun 30% 30%
Fleksibiliti 20% 30%
Perlindungan Menyeluruh 15% 30%
Kemudahan Pembayaran 0% 10%

https://www.hasil.gov.my/ckht/garis-panduan-ckht/

CKHT ini wajib dibayar oleh sesiapa sahaja yang melupuskan atau menjual hartanah di Malaysia, sama ada individu warganegara, warga asing, atau syarikat yang terlibat dalam pembangunan hartanah.

Pengecualian CKHT

Penting juga untuk tahu ada beberapa pengecualian yang boleh dinikmati oleh penjual hartanah. Berikut adalah contoh atau keadaan bilamana CKHT boleh mendapat pengecualian.

Jenis Pengecualian Penerangan
Pengecualian Sekali Seumur Hidup (Warganegara Malaysia) Pengecualian sekali seumur hidup untuk pelupusan satu unit kediaman persendirian.
Penjualan Antara Ahli Keluarga Terdekat Pengecualian bagi penjualan hartanah antara suami isteri, ibu bapa kepada anak, atau datuk nenek kepada cucu.

Pemilikan Lebih Daripada 5 Tahun (Warganegara Malaysia)

Tiada CKHT dikenakan jika hartanah dimiliki melebihi 5 tahun.
Pemilikan Lebih Daripada 5 Tahun (Warga Asing)

Warga asing dikenakan kadar CKHT 10% walaupun selepas tempoh 5 tahun pemilikan hartanah.

https://www.hasil.gov.my/ckht/garis-panduan-ckht/

Tips Mengenai CKHT

Sebelum menjual hartanah, berikut adalah beberapa langkah praktikal yang boleh anda ambil untuk mengurus CKHT dengan lebih baik:

Akhir sekali, jika ini kali pertama anda menjual rumah, anda diberi pilihan untuk menggunakan pengecualian seumur hidup ketika ini atau ketika ingin menjual rumah lain kelak. Buatlah kira-kira yang sewajarnya untuk guna pengecualian ini dengan berbaloi.

Ini boleh membantu anda menjimatkan banyak wang dan mengurus jual beli hartanah dengan lebih bijak. Jika anda perlukan bantuan lanjut atau memerlukan pendapat mengenai CKHT atau urusan jual beli hartanah, jangan segan-segan untuk tinggalkan persoalan anda.

Leave A Comment