1.Kebimbangan waris yang menukar warganegara
2.Penjelasan tentang hak waris yang menukar warganegara
3.Langkah – langkah yang perlu dilakukan untuk menuntut hak waris

Persoalan-persoalan seperti “Apakah hak saya sebagai waris?” dan “Siapa yang bertanggungjawab menguruskan harta pusaka ini?” kerap kali menghantui waris-waris.

Mari saya ceritakan pengalaman saya mengendalikan satu kes pusaka di mana salah seorang waris ini telah menukar kewarganegaraannya dan telah mendapat kewarganegaraan Australia sejak tahun 2020. Waris mendapat perkhabaran tentang kematian bapanya melalui satu hantaran di media sosial Facebook oleh abangnya. Waris tersebut bernama Shariman.

Shariman berasa sedih dan dalam masa yang sama, dia mengalami kebimbingan sehingga muncul pelbagai persoalan. Dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan keluarga akibat daripada pergaduhan adik-beradik. Dia menyedari bahawa bapanya meninggalkan beberapa harta di Malaysia. Shariman tidak pasti sama ada dia masih berhak untuk menuntut harta tersebut memandangkan dia sudah lama menetap di luar negara dan kini menjadi warganegara asing.

Sebagai seorang waris yang kini menjadi warga negara asing, Shariman berdepan dengan beberapa kebimbangan besar seperti berikut :-

No. Kebimbangan Penjelasan
1. Tidak pasti hak sebagai waris kerana kewarganegaraan Shariman bimbang bahawa status kewarganegaraannya akan menyukarkan proses tuntutan harta. Dia kini memegang pasport Australia dan risau jika undang-undang Malaysia tidak membenarkan warga asing menuntut pusaka.
2. Risau terlepas hak ke atas harta Shariman khuatir bahawa proses pengurusan harta pusaka telah dimulakan tanpa pengetahuannya kerana dia tidak dimaklumkan secara langsung oleh keluarganya tentang kematian bapanya. Dia bimbang mungkin terlepas peluang untuk menuntut harta peninggalan bapanya.
3. Tidak pasti proses undang-undang di Malaysia Shariman kurang arif tentang undang-undang pusaka di Malaysia, terutamanya berkaitan waris yang mempunyai kewarganegaraan asing. Dia risau proses ini menjadi penghalang utama dalam tuntutannya.

 

Walaupun Shariman menghadapi kebimbangan besar berkaitan status kewarganegaraannya, undang-undang Malaysia tetap memberi hak kepada waris walaupun mereka menetap di luar negara atau memiliki kewarganegaraan asing. Berikut adalah nasihat guaman yang Shariman boleh ambil untuk menuntut harta pusaka bapanya:-

No. Nasihat guaman Penjelasan
1. Kewarganegaraan Tidak Menghalang Tuntutan Hak Waris Tanggungjawab pertama seorang waris adalah memastikan segala hutang si mati diselesaikan sebelum pembahagian harta dilakukan. Ini termasuk pinjaman bank, hutang dengan individu atau institusi, serta zakat yang belum dilangsaikan.
2. Proses Tuntutan Harta Pusaka dari Luar Negara Waris harus memastikan harta pusaka dibahagikan mengikut hukum faraid jika si mati adalah seorang Muslim, atau mengikut wasiat dan undang-undang sivil bagi bukan Muslim. Mengabaikan pembahagian yang betul boleh menyebabkan perselisihan di kalangan waris dan boleh membawa kepada tuntutan mahkamah.
3. Pentingnya Bertindak Segera Bagi memastikan haknya tidak terlepas, Shariman perlu bertindak segera untuk melibatkan diri dalam proses pengurusan pusaka. Dengan segera melantik peguam, Shariman boleh memastikan bahawa tiada tindakan undang-undang dilakukan tanpa pengetahuannya. Jika pembahagian harta telah dimulakan oleh saudara-saudaranya tanpa memberitahu Shariman, peguam boleh membantu dalam membuat tuntutan atau mencabar pembahagian tersebut.

Apabila berhadapan dengan situasi seperti Shariman, terdapat beberapa perkara penting yang yang perlu lakukan:-

No. Langkah – langkah Penjelasan
1. Kenal Pasti Status Harta Pusaka Shariman perlu memastikan sama ada harta pusaka bapanya telah mula dibahagikan. Ini boleh dilakukan dengan menyemak status tuntutan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau mahkamah. Jika harta belum dibahagikan, Shariman boleh memulakan proses untuk menuntut haknya.
2. Dapatkan Bantuan Peguam Pusaka Shariman dinasihatkan melantik peguam yang boleh mewakilinya di Malaysia. Peguam ini boleh membantu memastikan semua dokumen dikemukakan dengan betul dan hak Shariman dilindungi dalam setiap langkah proses pembahagian harta.
3. Pastikan Semua Dokumen Lengkap Shariman perlu menyediakan dokumen penting seperti sijil kelahiran, bukti hubungan keluarga, dan bukti kewarganegaraan untuk memudahkan proses tuntutan. Peguam yang dilantik boleh membantu menyusun dokumen ini dengan betul dan sah mengikut undang-undang Malaysia.
4. Jangan Tunda Proses Tuntutan Masa adalah faktor penting dalam pengurusan harta pusaka. Jika terlalu lama ditangguhkan, proses pembahagian mungkin diteruskan tanpa penyertaan Shariman, yang boleh menyukarkan usahanya untuk menuntut haknya di kemudian hari. Oleh itu, bertindak cepat dan melibatkan diri dalam proses adalah amat penting.

Kesimpulan

Kisah Shariman menunjukkan betapa pentingnya waris yang tinggal di luar negara memahami hak mereka. Walaupun kewarganegaraan mungkin menjadi kebimbangan, hak sebagai waris tetap dilindungi di bawah undang-undang Malaysia. Dengan bantuan peguam yang berpengalaman, Shariman boleh memastikan dia tidak terlepas haknya ke atas harta pusaka bapanya.

Kewarganegaraan bukanlah penghalang kepada tuntutan hak waris, tetapi Shariman perlu bertindak segera agar haknya terjamin. Dalam dunia yang semakin global ini, tidak mustahil untuk menguruskan proses undang-undang walaupun dari jauh dan yang penting adalah untuk mengambil tindakan dengan cepat dan tepat

Leave A Comment