Dalam meniti arus kemodenan ini, pembelian rumah pertama merupakan satu pencapaian yang luar biasa yang dapat dilihat dalam kehidupan seseorang setelah bertungkus-lumus dan berusaha untuk mencapai impian dalam hidup. Pemilikan rumah pertama juga memberi gambaran bahawa tahap kewangan mereka dalam keadaan yang stabil dan sedia menerima komitmen yang baharu. Pelbagai faktor yang dapat di lihat bagi pemilik rumah pertama yang ingin memiliki rumah pertama.

Pada tahun 2024, banyak inisiatif yang telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu mereka memiliki rumah pertama menjadi satu daya tarikan bagi rakyat Malaysia di luar sana untuk memiliki rumah idaman mereka. Kajian menunjukkan yang tahun 2024 merupakan tahun yang paling sesuai untuk membeli rumah.

Antara kelebihan bagi pembeli rumah pertama, mereka dapat menikmati perkara-perkara seperti berikut:-

1) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP),

2) Projek perumahan kos rendah yang dikelola oleh Lembaga Perumahan & Hartanah setiap negeri;

3) Pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA);

4) Pengecualian duti setem 100% bagi suractcara pindahmilik dan pembiayaan dengan harga belian rumah tidak melebihi harga RM500,000.00; dan

5) Pengecualian duti setem 100% bagi urusan pindahmilik kasih sayang yang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu.

Rugilah bagi rakyat Malaysia yang tidak mengambil peluang yang telah diberikan untuk memiliki rumah idaman mereka. Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan bukan sahaja mencipta peluang pemilikan rumah pertama bukan untuk mereka berpendapatan tetap sahaja malah mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti, peniaga-peniaga, pemandu e-hailing dan penghantar makanan juga dapat menikmati inisiatif ini.

Tidak dapat dinafikan lagi, pembelian rumah pertama pada tahun 2024 dapat memberi satu impak atau kesan yang positif apabila rakyat Malaysia sudah mencapai kestabilan ekonomi. Ini juga bukan sahaja rakyat Malaysia dapat mencapai impian untuk memiliki rumah pertama malah kerajaan dapat menjayakan matlamat mereka bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai keperluan asas yang utama bagi perlindungan diri dan keselamatan iaitu rumah kediaman. Justeru, dengan permintaan yang tinggi terhadap rumah daripada rakyat Malaysia dapat meningkatkan ekonomi negara agar lebih maju seiring negara maju yang lain.

Leave A Comment