Sejak 2012, isu penjawat awam belum memiliki rumah telah mendapat perhatian dari Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Isu tangga gaji antara yang telah dikenalpasti menyebabkan kekangan kakitangan awam untuk memiliki rumah. Dengan gaji yang rendah sekitar RM1,200 sebulan, harga rumah yang ditawarkan di pasaran berada di luar kemampuan penjawat awam. Jadi, menurut laporan antara 50 peratus daripada 1.62 Juta penjawat awam di Malaysia masih belum mampu memiliki rumah. Ini merupakan satu nilai yang amat merunsingkan rakyat malahan juga kerajaan.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah ditubuhkan sejak tahun 2016. LPPSA adalah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam. Pada tahun 2022, LPPSA menyasarkan pembiayaan sehingga RM10 bilion yang dijangka akan memanfaatkan 40,000 penjawat awam. Sejak beroperasi ia menyalurkan pembiayaan sehingga RM11 bilion pada setiap tahun. Setakat ini, LPPSA mempunyai 800,000 peminjam yang masih aktif.

Menggunakan tatacara atau panduan di bawah, anda akan mendapat maklumat penting tentang cara mudah penjawat awam membeli rumah pada tahun 2024 dengan LPPSA dan bagaimana penjawat awam dapat peroleh manfaat daripada pinjaman ini.

1. Semak kelayakan

Sebelum memulakan proses pembelian rumah, langkah pertama adalah memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan pinjaman perumahan dari LPPSA. Ini termasuk memeriksa gaji anda dan tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam. Pastikan bahawa pendapatan anda mencukupi untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh LPPSA.

Di samping itu, sekiranya anda berkelayakan, anda akan mendapat 100% pinjaman tanpa mengira bilangan rumah termasuk tanah dan pembinaan. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu menyediakan sebarang jumlah wang pendahuluan untuk membiayai pembelian hartanah atau kos pembinaan. LPPSA akan membiayai keseluruhan jumlah yang diperlukan untuk membeli hartanah dan mendirikan rumah. Anda hanya perlu membuat pembayaran ansuran bulanan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian pinjaman. Ini menunjukkan komitmen LPPSA dalam menyokong penjawat awam dalam memiliki rumah tanpa perlu menghadapi beban kewangan yang besar. Ini memberikan peluang kepada anda untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah dan memberikan sokongan kepada pembangunan komuniti yang stabil.

2. pilih hartanah

Setelah anda membuat semakan kelayakan, langkah seterusnya adalah memilih hartanah yang sesuai dengan keperluan anda. Pertimbangkan faktor-faktor seperti lokasi, saiz, kemudahan, dan tentulah bajet anda. Pastikan hartanah yang dipilih berada dalam julat harga yang mampu, serta menawarkan nilai yang baik untuk wang yang anda laburkan. Jadi, ini tidak akan membebankan anda untuk membayar komitmen bulanan.

3. berunding dengan peguam atau pegawai yang pakar

Sebelum membuat keputusan pembelian, adalah bijak untuk berunding dengan peguam atau pegawai yang pakar atau penasihat kewangan. Mereka akan membantu anda memahami dengan lebih baik tentang pelan pinjaman yang ditawarkan oleh LPPSA dan mencadangkan pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda. Dengan nasihat yang tepat, anda dapat membuat keputusan yang lebih baik mengenai pembelian rumah anda.

4. pemilihan insurans atau takaful

Selain membantu anda dengan pemilihan pinjaman, peguam atau pegawai kewangan yang pakar juga akan membantu anda dalam memilih insurans atau takaful yang sesuai untuk perlindungan anda dan hartanah anda. Mereka akan membimbing anda melalui pelbagai pilihan insurans atau takaful yang bersesuaian dengan keperluan anda, menjadikan proses pembelian rumah anda lebih selamat dan terjamin.

5. fleksibiliti jadual bayaran

Satu lagi perkara penting adalah memastikan bahawa jadual bayaran ansuran bulanan adalah fleksibel dan sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Anda perlu memahami dengan jelas berapa banyak yang perlu anda bayar setiap bulan dan memastikan anda mampu untuk melakukannya tanpa menimbulkan tekanan kewangan yang tidak perlu. Berunding dengan LPPSA untuk mendapatkan jadual bayaran yang terbaik yang memenuhi keperluan anda.

Tambahan, sekiranya kita memohon pinjaman pembiayaan perumahan dengan LPPSA adalah ditetapkan kadar faedah yang tetap dengan 4 peratus setahun. Jadi anda bolehlah merancang dengan sebaiknya kewangan anda tanpa perlu fikir kadar faedah yang naik setiap tahun berbanding dengan pinjaman pembiayaan dengan institusi kewangan yang lain mungkin akan mungkin mempunyai kadar faedah yang tidak tetap jadi sukar untuk anda mengatur dan merancang komitmen bulanan anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini dengan teliti dan berhati-hati, proses pembelian rumah dengan bantuan LPPSA akan menjadi lebih mudah dan lancar. Ini membolehkan anda memiliki rumah impian anda tanpa menghadapi bebanan kewangan yang berlebihan, memberikan anda keselesaan dan keyakinan dalam perjalanan menuju pemilikan rumah yang berjaya.

Leave A Comment