1. deposit awalan kepada agensi hartanah
Perjanjian menyediakan jalan untuk individu dan entiti mencipta kewajiban serta hak yang diakui oleh undang-undang. Apabila suatu perjanjian dibentuk, undang-undang mengharapkan semua pihak yang terlibat untuk menghormati syarat-syarat yang telah dipersetujui. Ini membolehkan tindakan undang-undang diambil sekiranya ada pihak yang gagal memenuhi kewajiban mereka.
2. yuran penilaian hartanah
Bagi perkhidmatan penilaian hartanah, yuran yang dikenakan oleh penilai hartanah berlesen turut terjejas. Berdasarkan Jadual Ketujuh Akta Pentaksir, Penilai dan Ejen Harta Tanah 1986, yuran penilaian hartanah adalah berdasarkan kepada nilai pasaran hartanah. Sebelum peningkatan kadar SST, yuran penilaian hartanah telah ditetapkan pada kadar 0.25% daripada RM100,000 pertama nilai pasaran hartanah. SST akan dikenakan keatas fi penilaian termasuk yuran penilaian dan kos pengeluaran. Atas dasar itu, peningkatan kadar dari 6% ke 8% akan meningkatkan jumlah fi penilaian yang akan dikenakan untuk setiap penilaian.
3. Insurans Hartanah
Perkhidmatan insurans hartanah juga akan terjejas oleh peningkatan kadar SST. Walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam cara yuran insurans hartanah dihitung, peningkatan kadar SST akan menyebabkan peningkatan kos keseluruhan dalam proses jual beli rumah. Untuk maklumat lanjut tentang kadar atau polisi insurans, boleh berhubung dengan ejen insurans/takaful.
4. yuran guaman profesional
Yuran guaman profesional yang merupakan sebahagian penting dalam proses jual beli rumah, juga mengalami kenaikan kos dengan peningkatan kadar SST. Yuran guaman profesional telah ditetapkan pada kadar 1.25% daripada harga jualan di dalam pindaan Perintah Saraan Peguamcara tahun 2023. Namun, dengan peningkatan kadar SST, yuran guaman akan meningkat secara berkadar sebanyak 1.35%, dan memberi kesan kepada kos keseluruhan transaksi jual beli rumah.
Kesemua kadar tersebut boleh diperincikan dan disimpulkan seperti jadual tertera:-
Kesemua kadar tersebut boleh diperincikan dan disimpulkan seperti jadual tertera:-
NO. | PERKARA | SEBELUM SST 8% | SST MAC 2024 |
---|---|---|---|
1. | Deposit Awalan |
3.18% (keatas harga jualan) |
3.24% (keatas harga jualan) |
2. | Yuran Penilaian Hartanah |
6% (keatas fi penilaian) |
8% (keatas fi penilaian) |
3. | Yuran Guaman Profesional |
1.25% (keatas harga jualan) |
1.35% (keatas harga jualan) |
Jelasnya, peningkatan kadar SST kepada 8% berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 telah memberi kesan kepada transaksi jual beli rumah di Malaysia dengan menyebabkan peningkatan kos bagi beberapa perkhidmatan berkaitan. Oleh itu, pembeli dan penjual perlu mengambil kira peningkatan ini dalam perancangan kewangan mereka apabila terlibat dalam proses jual beli rumah.