Secara umumnya, perniagaan adalah merupakan aktiviti penjanaan pendapatan atau keuntungan melalui jual beli, komersial, perkhidmatan, profesional dan perindustrian. Antara entiti perniagaan yang wujud di Malaysia adalah milikan tunggal, syarikat sendirian berhad, perkongsian liabiliti terhad dan rakan kongsi. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai perkara penting yang perlu difahami oleh individu yang berhasrat untuk membentuk entiti perniagaan mereka sendiri, dengan memberi fokus kepada perbandingan antara Sendirian Berhad dan Milikan Tunggal.
Secara amnya Sendirian berhad adalah satu entiti yang ditubuhkan oleh individu-individu yang boleh memiliki hartanah, memasuki dan membuat perjanjian serta ada kemampuan untuk menggajikan pekerja syarikat. Ia merupakan satu entiti perniagaan yang paling banyak ditubuhkan di Malaysia dan sesuai untuk perusahaan kecil serta sederhana. Contohnya perniagaan milik keluarga, pengilangan kecil dan syarikat kejuruteraan.
Pemilikan Tunggal pula adalah satu perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik dengan menggunakan nama peribadi dia atau nama perdagangan. Ia adalah perniagaan mikro, kecil dan paling sesuai untuk seorang individu tanpa melibatkan pekerja. Sebagai contoh, tukang paip, kedai runcit, salon rambut dan kedai kraf. Secara lebih mendalam, perbezaan di antara Sendirian Berhad dan Milikan Tunggal boleh difahami melalui perbezaan ciri-ciri yang berikut:
1. Struktur Perniagaan
Sendirian Berhad adalah satu entiti perniagaan yang berasingan daripada pemiliknya. Ia memerlukan proses pendaftaran formal dan mempunyai status berasingan, yang bermaksud ia mempunyai hak untuk memiliki harta dan tanggungjawab sendiri. Manakala, Milikan Tunggal adalah entiti yang tidak berasingan daripada pemiliknya. Ia tidak memerlukan pendaftaran formal dan pemilik perniagaan secara peribadi bertanggungjawab terhadap semua hutang dan tanggungjawab perniagaan.
2. Modal perniagaan
Sendirian Berhad biasanya memerlukan modal permulaan yang lebih besar berbanding Milikan Tunggal. Ini kerana dalam Sendirian Berhad, pemilik biasanya berkongsi pemilikan dengan pemegang saham lain, sebaliknya dalam Milikan Tunggal, pemilik adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap modal perniagaan. Tetapi peluang sumber dana Sendirian Berhad adalah lebih mudah dan mempunyai kredibiliti untuk pembiayaan kerana syarikat dianggap lebih stabil, meyakinkan, dan ada kesinambungan berbanding Milikan Tunggal. Bagi Milikan Tunggal dana diperoleh dalam bentuk pembiayaan mikro atau bergantung kepada kapasiti dan harta yang dimiliki oleh pemilik.
3. Tanggungjawab dan keperibadian
Dalam Sendirian Berhad pemilik (pengarah) dan syarikat adalah berasingan dari segi tanggungjawab dan keperibadian. Ini bermaksud pemilik tidak akan dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap hutang syarikat dan syarikat itu mempunyai kewujudan yang kekal. Justeru, jika syarikat mempunyai masalah kewangan atau kebankrapan, pemilik tidak akan kehilangan harta peribadi seperti rumah atau kendaraan miliknya. Namun, bagi Milikan Tunggal, pemilik bertanggungjawab secara peribadi terhadap hutang perniagaan dan tiada pemisahan peribadi antara pemilik dan perniagaan. Oleh itu, pemilik bagi milikan tunggal akan lebih berisiko untuk kehilangan harta peribadi jika perniagaan menghadapi masalah kewangan.
4. Kawalan dan keputusan
Dalam Sendirian Berhad, pengarah biasanya berkongsi kuasa membuat keputusan dengan pemegang saham lain. Keputusan besar seperti perubahan strategi perniagaan atau pengambilan pinjaman memerlukan persetujuan pemegang saham. Dalam Milikan Tunggal, pemilik mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap keputusan perniagaan tanpa perlu berkongsi kuasa dengan pihak lain.
5. Cukai dan Perundangan
Sendirian Berhad dan Milikan Tunggal juga berbeza dalam isu cukai dan perundangan. Sendirian Berhad mungkin terikat dengan peraturan cukai syarikat yang berbeza, manakala pemilik Milikan Tunggal mungkin terikat dengan cukai individu. Perundangan yang berkaitan dengan pendaftaran, penyelenggaraan, dan pengakhiran juga berbeza antara kedua-dua entiti ini. Bagi Sendirian Berhad kadar cukai sebanyak 18% akan dikenakan untuk pendapatan RM500,000 pertama, dan bagi Milikan Tunggal keuntungan dicukai ke atas individu.
Daripada perbandingan yang telah dilakukan dapat kita lihat bahawa Sendirian Berhad adalah pilihan yang paling sesuai untuk Perusahaan Kecil Sederhana kerana pelanggan akan lebih cenderung untuk berurus niaga dengan Sendirian Berhad atas sebab faktor komitmen dan tanggungjawab dalam operasinya. Sebaliknya Pemilikan Tunggal adalah jenis yang paling murah, senang dan mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan. Walaupun begitu, ia hanya sesuai jika individu ingin mengekalkan saiz perniagaan yang kecil. Apabila telah mendapat pendapatan yang lebih stabil, individu perlu bertukar kepada Sendirian Berhad.
Kesimpulannya, pemilihan antara Sendirian Berhad dan Milikan Tunggal adalah mengikut kesesuaian dan objektif perniagaan setiap individu. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.
Wow, that’s what I was seeking for,what a data! present here at this blog, thanks admin of
this web site.
My blog :: https://Penzu.Com/P/9427Cac2
Having read this I believed it was really enlightening. I apprecioate you
spending some time and energy to put this content together.
I oonce again find myself spending a significant amount of
time both reading and posting comments. But so what,
it was still worth it! https://www.waste-ndc.pro/community/profile/tressa79906983/