Dalam urusan pembelian rumah atau tanah pasti kita terlintas untuk memohon pembiayaan dengan mana-mana institusi kewangan. Ramai daripada kita mula mencari maklumat berkenaan permohonan pembiayaan perumahan dan bagaimana cara terbaik untuk kita dapatkan kadar pembiayaan yang sesuai dengan poket kita.

Jika kita mempunyai wang tunai sebanyak harga sebuah rumah, boleh sahaja kita beli rumah tersebut secara tunai, tetapi dengan keadaan nilai hartanah yang semakin tinggi, kebanyakan kita akan berusaha untuk dapatkan pembiayaan dengan institusi kewangan juga.

Ada yang mula membina kredit skor yang cantik supaya boleh dapatkan kadar bayaran bulanan yang berbaloi. Ada yang berusaha meningkatkan pendapatan bagi melayakkan bank menawarkan pembiayaan yang lebih tinggi.

LPPSA dan institusi kewangan yang lain

Berikut Merupakan Perbezaan Antara LPPSA dan Institusii Kewangan Yang Lain :

LPPSA Institusi Kewangan Yang Lain
Badan Yang Bertanggungjawab Kementerian Kewangan Malaysia, Akta 767 Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993
Jenis Pembiayaan 7 Jenis Pembiayaan Kebiasaannya Untuk Rumah Sahaja
Kadar Faedah Tetap 4% Berubah-rubah Mengikut OPR Oleh BNM
Kelayakan Komitmen Dalam Slip Gaji Komitmen Luar Slip Gaji Seperti CTOS
Pengecualian Setem Duti PUA 40/2017 PUA 54/2021 (Untuk Rumah Pertama Bawah RM500k Sahaja)
Takaful MRTT/MLTT & LTHT MRTT/MLTT SAHAJA

Namun bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih dari setahun dan sudah sah jawatan, mereka ada satu alternatif yang boleh menawarkan khidmat pembiayaan kepada mereka bagi membeli rumah atau tanah yang bertujuan untuk membina rumah.

Di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, terdapat satu entiti yang dikenali sebagai LPPSA yang menyediakan tawaran pembiayaan hanya kepada pegawai kerajaan. Terdapat banyak kelebihan LPPSA berbanding institusi kewangan yang lain yang hanya terdapat pada LPPSA.

LPPSA juga hanya melihat pada komitmen pemohon pada slip gaji sahaja. LPPSA tidak mengambil kira komitmen seseorang di luar slip gaji mereka. Jika kita memohon pembiayaan dengan institusi kewangan yang lain, mereka akan melihat laporan CTOS kita untuk meninjau rekod komitmen kita dengan pembiayaan kredit lain.

Antara perbezaan lain yang ada pada LPPSA adalah setem duti bagi gadaian dibawah LPPSA diberi pengecualian oleh kerajaan. Ini berdasarkan pengecualian PUA/40 2017 yang boleh didapati warta kerajaan berkenaan pengecualian setem duti. Pengecualian ini tidak mengambil kira rumah keberapa atau harga rumah. Pengecualian ini terpakai untuk semua dan ini tidak ada pada institusi kewangan yang lain.

Selain daripada itu, LPPSA juga menawarkan kadar faedah yang sangat ideal bagi penjawat awam. Kadar faedah yang ditawarkan LPPSA adalah tetap pada kadar 4% daripada baki pembiayaan. Pemohon boleh menyediakan bajet bulanan yang tetap tanpa perlu runsing bayaran ansuran naik ketika kadar OPR juga meningkat. Kadar faedah di institusi kewangan yang lain pula akan berubah mengikut polisi semasa BNM.

Untuk perlindungan diri pemohon, LPPSA juga menyediakan takaful samada MRTT atau MLTT sama seperti pembiayaan-pembiayaan yang lain. Namun, selain perlindungan diri peminjam, LPPSA boleh juga menyediakan takaful bagi rumah yang dibiayai oleh LPPSA. Takaful ini dipanggil sebagai Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHT). Bagi institusi kewangan yang lain, mereka jarang menawarkan takaful untuk perlindungan perumahan.

Terdapat banyak lagi kelebihan LPPSA berbanding institusi kewangan yang lain. Ini sebagai satu tambah nilai bagi penjawat awam untuk memiliki rumah. Para penjawat awam masih boleh memohon pembiayaan dengan institusi-institusi kewangan yang lain dan boleh sahaja menggunakan pembiayaan LPPSA untuk rumah yang lain. Jika menggunakan kedua-kedua institusi kewangan, pasti dapat diketahui perbezaan antara kedua-dua pembiayaan ini.

Kesimpulannya, penting untuk anda memahami perbezaan antara jenis-jenis hakmilik tanah di Malaysia. Setiap jenis hakmilik ini mempunyai keperluan dan prosedur tersendiri, yang perlu dipatuhi bagi memastikan pemilikan hartanah yang sah dan mengikut undang-undang.

Leave A Comment