Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak berita terpapar berkenaan harga rumah atau hartanah yang naik melambung tinggi. Ramai pihak merasakan tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri ekoran krisis ini dan ditambah pula dengan kenaikan gaji yang tidak menentu.
Paras gaji juga dilihat tidak setara dengan unjuran harga rumah yang semakin hari semakin tidak masuk akal. Disebabkan keadaan ini, terdapat juga saranan yang menggalakkan masyarakat untuk menyewa rumah sahaja dek kerana harga rumah yang hanya ‘mampu lihat’ sahaja.
Namun, disebalik lambakan harga rumah yang rata-ratanya tidak padan dengan pendapatan, setiap negeri mempunyai inisiatif untuk menyediakan rumah mampu milik bagi rakyat yang bermastautin di negeri tersebut. Ia dipanggil sebagai rumah kawalan. Ada juga beberapa projek rumah kawalan ini diklasifikasikan sebagai rumah kos rendah.
Perkara ini boleh dilihat, dari segi nilai pasaran harga rumah kos rendah yang bermula dari bawah RM 100,000.00 sehingga RM 300,000.00 dan juga berdasarkan keluasan meter persegi rumah. Sekiranya ia dibawah 100 meter persegi, biasanya ia adalah rumah kos rendah. Malah, satu cara lagi untuk ketahui samada rumah tersebut adalah rumah kos rendah atau tidak adalah dengan membuat Carian Persendirian di portal E-Tanah Selangor.
Persoalannya, adakah semua orang boleh memperoleh rumah kos rendah? Apakah syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk urusan pembelian rumah kos rendah? Siapakah yang layak memiliki rumah kos rendah?

Proses Permohonan dan Kriteria Kelayakan
Pertama sekali, prosedur permohonan rumah kos rendah berbeza mengikut negeri. Ini adalah penting bagi pemohon untuk memeriksa dengan teliti maklumat dan arahan yang tertera dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar.
Di Selangor, pengurusan dokumentasi untuk rumah kos rendah dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Pemohon harus mendapat kelulusan daripada LPHS untuk memperoleh rumah kos rendah tersebut. Kriteria utama bagi permohonan rumah jenis ini adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia (pemegang kad pengenalan biru) dan bermastautin di negeri Selangor atau Lembah Klang. Seterusnya, pemohon bersama pasangannya tidak boleh memiliki sebarang hartanah lain di negeri Selangor, sama ada melalui pembelian atau warisan.
Had gaji untuk pemohon rumah kos rendah mestilah tidak melebihi RM5,000 termasuk pendapatan pasangan. Namun, had tangga gaji ini tertakluk kepada harga hartanah tersebut. Bagi hartanah di bawah RM 100,000.00, had pendapatan isi rumah adalah RM5,000.00, manakala untuk hartanah berharga sehingga RM 250,000.00, had pendapatan isi rumah adalah sehingg RM 9,000.00, dan RM 300,000.00 bagi had pendapatan isi rumah yang berharga RM 12,000.00, yang diambil kira berdasarkan gaji pokok sahaja.
Dokumentasi Permohonan Rumah Kos Rendah
Setelah pemohon memenuhi syarat-syarat tersebut, pemohon boleh menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah kos rendah. Antara dokumen yang diperlukan adalah salinan IC dan slip gaji terkini. Sekiranya permohonan dibuat pada bulan Januari 2024, pemohon perlu menyediakan slip gaji bulan Disember 2023. Slip gaji pemohon juga perlu disertakan bersama slip gaji pasangan yang terkini. Sekiranya pasangan tidak bekerja atau bekerja sendiri, pemohon perlu menyertakan surat akuan sumpah yang mengatakan pasangan bekerja sendiri atau tidak bekerja dengan jumlah pendapatannya.
Kemudian, laporan CCRIS yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Pemohon dan pasangan boleh dapatkan laporan CCRIS tersebut melalui atas talian di https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml# ataupun boleh dijana di kiosk BNM. Jika anda tidak berjaya mendapatkan laporan CCRIS, pemohon dan pasangan perlu lampirkan laporan CTOS yang boleh dijana melalui apps Touch N Go E-Wallet atau di laman web CTOS sendiri. Pastikan pemohon membuat bayaran untuk laporan CTOS bagi mendapatkan laporan yang lengkap. Sekiranya tidak lengkap, kemungkinan besar permohonan akan ditolak oleh LPHS.
Laporan seterusnya yang perlu disediakan adalah penyata terkini KWSP pemohon dan pasangan. Sekiranya pemohon dan pasangan tiada penyata KWSP kerana bekerja sendiri atau tidak pernah bekerja, pemohon perlu menyediakan satu surat mengatakan tidak pernah mencarum dalam KWSP ataupun nyatakan di dalam surat akuan sumpah tidak bekerja.
Selain itu, pemohon dan pasangan juga perlu menyerahkan salinan sijil pernikahan. Jika mempunyai anak, perlu juga sertakan salinan sijil lahir ataupun MyKid anak-anak. Sekiranya pemohon adalah seorang bujang, pemohon perlu kemukakan surat pengesahan bujang yang disahkan oleh majikan. Jika bekerja sendiri, perlu sediakan surat akuan sumpah pemohon adalah seorang bujang.
Dokumen lain yang penting adalah salinan bil air & bil elektrik bagi tempat tinggal terkini pemohon samada rumah sewa ataupun rumah keluarga. Pastikan kedua-dua alamat di kedua-dua bil tersebut adalah alamat yang sama dan lokasinya di Selangor ataupun Lembah Klang. Pastikan juga salinan kedua-dua bil ini adalah bil yang terkini.
Kesimpulan
Syarat-syarat dan dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas adalah proses yang wajib dilalui oleh pemohon untuk memperoleh rumah kos rendah samada rumah projek yang baharu ataupun rumah kos rendah sub-sale. Jika pemohon tidak memenuhi syarat asas ini, dikhuatiri permohonan akan ditolak.
Pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen ini secepatnya kerana permohonan ini akan melalui beberapa tapisan termasuk penglibatan pihak Menteri Besar. Tempoh kebiasaan proses kelulusan permohonan ini mengambil masa selama 45 hari bekerja namun bergantung kepada keberadaan Menteri Besar.
Hello there, just became alert to your blog through Google, and found that it is truly informative.
I am going to watch out for brussels. I’ll be grateful if you continue this in future.
Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!
[…] Salah satu daripada pilihan utama bagi pembeli adalah ‘rumah kos rendah’, atau ‘rumah kos sederhana rendah’. Namun, prosedur dan syarat pembelian rumah ini adalah berbeza mengikut negeri di Malaysia. Oleh itu, pemohon perlu memberikan perhatian yang teliti terhadap arahan dan maklumat yang terdapat dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan. Bagi pembelian rumah dibawah kategori ini berdasarkan kebanyakan negeri memerlukan pembeli membuktikan pendapatan isi rumah mereka dengan melampirkan dokumen-dokumen berkenaan. Ini mengehadkan rumah-rumah tersebut untuk hanya dimiliki oleh pembeli-pembeli yang masih tiada rumah dan yang setara dengan kemampuan pendapatan mereka. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rumah kos rendah, pembaca boleh meneliti artikel kami sebelum ini bertajuk Rumah Kos Rendah Bantu Anda Memiliki Rumah. […]
Very interesting details you have remarked, thanks for posting.Expand blog
Real excellent information can be found on web site.Raise range