Menurut kajian dan kaji selidik, tahun 2024 adalah tahun pembelian rumah mampu milik di Malaysia. Namun kebanyakan pembeli tidak mampu untuk memiliki rumah yang melebihi RM400,000.00. Ini menimbulkan persoalan, adakah wujud rumah mampu milik bagi pilihan pembeli Malaysia?

1. rumah kos rendah

Salah satu daripada pilihan utama bagi pembeli adalah ‘rumah kos rendah’, atau ‘rumah kos sederhana rendah’. Namun, prosedur dan syarat pembelian rumah ini adalah berbeza mengikut negeri di Malaysia. Oleh itu, pemohon perlu memberikan perhatian yang teliti terhadap arahan dan maklumat yang terdapat dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan. Bagi pembelian rumah dibawah kategori ini berdasarkan kebanyakan negeri memerlukan pembeli membuktikan pendapatan isi rumah mereka dengan melampirkan dokumen-dokumen berkenaan. Ini mengehadkan rumah-rumah tersebut untuk hanya dimiliki oleh pembeli-pembeli yang masih tiada rumah dan yang setara dengan kemampuan pendapatan mereka. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rumah kos rendah, pembaca boleh meneliti artikel kami sebelum ini bertajuk Rumah Kos Rendah Bantu Anda Memiliki Rumah.

Contohnya, di negeri Perak, pembeli perlu mempunyai pendapatan bagi pembelian rumah kos rendah secara “subsale” berdasarkan harga rumah seperti berikut:

 

2. rumah bawah skim kerajaan

Tawaran ini diberikan kepada pembeli yang sudah mempunyai tanah kosong, namun masih belum membina rumah. Skim kerajaan tersebut dinamakan sebagai ‘Rumah Mesra Rakyat’ dimana skim ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Konsep pembinaan rumah adalah sesebuah rumah berkeluasan 750 kaki persegi 1 tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kaedah pelaksanaan rumah mesra rakyat boleh disimpulkan berikut:-

3. rumah lelong

Salah satu kelebihan utama pembelian rumah lelong adalah harga yang sering kali lebih rendah berbanding dengan harga pasaran semasa. Rumah lelong biasanya dikenakan harga yang lebih rendah oleh bank atau pemilik yang ingin menjual hartanah tersebut dengan segera. Ini memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan harta tanah dengan nilai yang jauh lebih rendah daripada pasaran konvensional. Walaupun mungkin tidak banyak pilihan hartanah dalam pasaran lelong, namun masih terdapat pelbagai jenis hartanah yang boleh ditemui, termasuk rumah kediaman, pangsapuri, kondominium, dan kedai-kedai komersial. Ini memberi peluang kepada pembeli untuk memilih hartanah yang paling sesuai dengan keperluan dan anggaran mereka.

Kesimpulannya, walaupun terdapat cabaran ke atas pembelian rumah di Malaysia namun terdapat pelbagai pilihan yang boleh dieksplorasi oleh pembeli. Dengan pemahaman yang mendalam dan penyelidikan yang teliti, pembeli berpotensi untuk memiliki rumah yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan mereka.

Leave A Comment