rumah kos rendah

Rumah Kos Rendah: Ketahui Syarat Kelayakan Dan Proses Pembelian

Disediakan oleh: Fatin Amira Najwa bt Mohd Azam

Pengenalan 

rumah kos rendah

Rumah kos rendah atau lebih dikenali sebagai Low Cost House telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1957 iaitu selepas kemerdekaan dengan tujuan utama untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan pembangunan di kawasan luar bandar terutama kawasan pertanian yang menjana sumber ekonomi kepada negara pada waktu itu.

 

Lembaga Perumahan Persekutuan Tanah Melayu (Housing Trust Federation of Malaya) telah diwujudkan oleh pihak British sebelum Negara mencapai kemerdekaan melalui Kertas Putih No. 70 1949 dan setelah merdeka, Lembaga Perumahan meneruskan fungsi utamanya menyediakan perumahan kos rendah terutama di kawasan bandar. 

 

Sehingga sekarang, projek rumah kos rendah masih diteruskan oleh pihak kerajaan demi memberi peluang kepada individu kategori tertentu untuk memiliki rumah sendiri.

 

Walaubagaimanapun, demi mencapai objektif yang ditetapkan, terdapat syarat-syarat tertentu sebelum seseorang individu dikira layak membeli rumah kos rendah.

 

Ini adalah untuk mengelakkan daripada golongan yang tidak sepatutnya menggunakan peluang ini untuk melakukan aktiviti yang tidak adil seperti pelaburan dan sebagainya. 

 

Kelayakan untuk membeli Rumah Kos Rendah 

rumah kos rendah

Sebelum individu berhasrat untuk membeli rumah yang berkos rendah, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.

 

Malah, kerajaan negeri juga telah menetapkan beberapa syarat tertentu sebelum seseorang individu dikira layak untuk membeli rumah kos rendah.

 

Bukan sahaja pembeli yang perlu memastikan hal tersebut, malah peguam yang dibayar untuk menguruskan hal jual beli hartanah oleh pembeli juga perlu memastikan bahawa pembeli tersebut layak untuk membeli rumah kos rendah sebelum mereka meneruskan atau menandatangani perjanjian jual beli. 

 

Syarat-syarat yang ditetapkan mempunyai sedikit perbezaan mengikut negeri. Ini adalah kerana projek ini telah dipertanggungjawabkan kepada kerajaan negeri.

 

Oleh sebab itu, akan terdapat sedikit perbezaan dari segi syarat- syarat yang ditetapkan kepada pembeli yang ingin membeli rumah berkos rendah bagi setiap negeri.

 

Dari segi persamaan, individu mestilah seorang warganegara Malaysia dan hendaklah berumur 18 tahun ke atas.

 

Tambahan pula, kebanyakan negeri menetapkan syarat bahawa individu atau pasangan tersebut tidak pernah membeli rumah atau ianya mestilah rumah pertama mereka.

 

Antaranya ialah negeri Selangor, Terengganu, dan Pulau Pinang. Dari segi sumber pendapatan, untuk negeri Terengganu, pembeli mestilah mempunyai pendapatan tidak lebih RM 3,500 sebulan, manakala, untuk negeri Pahang pendapatan pembeli adalah tidak lebih RM 3,000 sebulan.

 

Selain itu, untuk negeri Johor, terdapat syarat tambahan iaitu mereka perlulah menetap di Johor selama 5 tahun jika berhasrat untuk membeli rumah kos rendah.

 

Sedikit berbeza dengan Melaka, pembeli mestilah seorang yang sudah berkahwin, jika belum, individu tersebut hendaklah berumur 20 tahun ke atas.

 

Itu adalah serba serbi syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan setiap negeri, untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, mudah sahaja, pembeli boleh semak di laman web Lembaga Perumahan yang tersendiri. 

 

Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan dari maklumat di atas ialah tidak semua individu di Malaysia mempunyai kelayakan untuk membeli rumah kos rendah kecuali individu atau pasangan yang mempunyai pendapatan yang rendah ataupun ia lebih tertumpu kepada individu atau pasangan yang berada di kategori B40, M40 dan T40 dan kepada pembeli yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

 

Perbezaan proses beli Rumah Subsale biasa dengan proses pembelian Rumah Kos Rendah

rumah kos rendah

Dari segi asasnya, proses penjualan rumah biasa dan rumah kos rendah tidaklah terlalu ketara.

 

Malah, lebih banyak persamaannya, cuma terdapat satu tambahan proses untuk pembelian rumah kos rendah iaitu pembeli tersebut hendaklah membuat permohonan kebenaran membeli rumah kos rendah daripada Lembaga Perumahan Hartanah Negeri masing-masing.

 

Ini adalah untuk memastikan sama ada pembeli tersebut layak ataupun tidak untuk membeli rumah yang berkos rendah.

 

Oleh itu, prosesnya agak lama sedikit berbanding proses penjualan rumah biasa. 

 

Semasa proses permohonan inilah, pembeli atau peguam pembeli perlu betul-betul memastikan bahawa tiada sebarang sekatan atau faktor yang menyebabkan permohonan tersebut ditolak.

 

Kebanyakan situasi, peguam pembeli yang akan dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan tersebut untuk pastikan proses lebih teratur dan cepat, oleh sebab itu, peguam terlibat perlulah memastikan dan berkomunikasi secara teliti bersama pembeli mengenai maklumat-maklumat penting supaya tiada informasi yang terlepas pandang yang boleh menyebabkan proses permohonan tersebut menjadi sia-sia dan rugi. 

 

Tambahan pula, dari segi mendapatkan pinjaman, pembeli perlulah pastikan permohonan pinjamam tersebut dihantar ke bank yang betul.

 

Ini adalah kerana disebabkan pembelian rumah kos rendah ini kebanyakannya bernilai RM150,000 ke RM200,000, maka ada sesetengah bank tidak terima permohonan pinjaman bawah RM 200,000.

 

Oleh itu, pembeli perlulah hubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman tersebut supaya lebih jimat masa. 

 

Isu Semasa 

Isu yang sering bangkit semasa pembelian rumah kos rendah ialah apabila pembeli sudah menandatangani Perjanjian Jual Beli sebelum permohonan kebenaran dari Lembaga Perumahan diluluskan.

 

Secara asasnya, perkara tersebut adalah tidak salah jika syarat-syarat permohonan telah diikut dan dipastikan.

 

Walaubagaimanapun, ia akan timbul permasalahan jika permohonan tersebut ditolak setelah Perjanjian Jual Beli ditandatangani, maka ia akan melibatkan kerugian dari segi masa dan juga kos.

 

Oleh itu, syarat-syarat ditetapkan perlulah dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses menandatangani Perjanjian Jual Beli. 

 

Selain itu, terdapat juga kes-kes di mana golongan yang berpendapatan tinggi telah memiliki rumah kos rendah.

 

Ia nya terjadi akibat kecuaian pengawasan dan kawalan pengagihan rumah kos rendah.

 

Walaubagaimanapun, kerajaan telah mewujudkan garis panduan seperti pelaksanaan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) dan pelbagai projek-projek sektor swasta supaya kemudahan perumahan kos rendah yang disediakan hanya diberikan kepada golongan sasaran sahaja.  

 

Kesimpulan

Secara konklusinya, projek perumahan kos rendah ini telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak lama lagi, adalah dengan bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli dalam kategori tertentu mampu untuk memiliki rumah sendiri.

 

Maka dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia adalah digalakkan untuk menikmati kemudahan ini sekiranya layak dan dalam pada masa yang sama, janganlah kita mengambil kesempatan, dalam erti kata lain, sekiranya kita mampu untuk membeli rumah yang baru maka teruskanlah dengan hasrat tersebut.

 

Seperti yang dinyatakan dalam Surah At-Tawbah, ayat 78, di mana secara amnya, bahawa sesungguhnya Allah swt tahu setiap satu niat hambanya tak kira baik atau jahat, maka dengan itu, hendaklah kita sentiasa menjaga setiap laku dan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara dan janganlah kita mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain supaya kehidupan kita sentiasa berada di bawah keberkatan dan diredhai Allah swt. 

 

Seterusnya, sekiranya tuan puan berminat untuk membeli tanah, sila rujuk artikel PETUA-PETUA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BELI TANAH LOT BANGLO agar dapat membuat pembelian yang terbaik.

 

Untuk memastikan anda mempunyai urusan jual beli hartanah yang lancar, hubungi lah Hawari Hanafi & Co!

 

Mengapa anda perlu pilih kami? Kami menawarkan Yuran guaman yang berpatutan.

 

Kami juga mempunyai barisan peguam yang berpengalaman luas dan pakar dalam mengendalikan urusan yang melibatkan hartanah. 

 

Sama ada anda pembeli, penjual atau ejen hartanah, kami akan membantu anda dalam urusan hartanah agar ia dapat diselesaikan dengan lancar dan sempurna tanpa masalah.

 

Antara khidmat guaman yang kami sediakan adalah jual beli hartanah, pembiayaan perumahan, penyempurnaan pindahmilik dan gadaian dan pentadbiran dan penjualan hartanah pusaka.

 

1 thought on “Rumah Kos Rendah: Ketahui Syarat Kelayakan Dan Proses Pembelian”

  1. Rujukan

    Rahman, P. byS. (2020, October 20). Apa Syarat-Syarat Nak BELI Rumah Kos Rendah? My Property Pit Stop. Retrieved from https://mypropertypitstop.com/2020/10/20/apa-syarat-syarat-nak-beli-rumah-kos-rendah.
    Penghulu, T. (2017, February 5). Siapa Yang layak BELI rumah kos Rendah di Malaysia? Gila Hartanah. Retrieved from https://gilahartanah.com/siapa-yang-layak-beli-rumah-kos-rendah-di-malaysia/.
    Portal Rasmi jabatan perumahan NEGARA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN Kerajaan Tempatan. Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara. (n.d.). Retrieved from https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/33.
    Razif, Arif Hussin, Zaff, Nathan, Umi Hazira, Aziz, M. S. B. M., Nana, Ahmad, M. R., & Ash. (2019, December 4). Jual Rumah Kos Rendah. info penting Ejen Kena Tahu. Arif Hussin. Retrieved from https://arifhussin.com/jual-rumah-kos-rendah/.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top
Open chat
Perlukan Bantuan?